Tinggal beberapa hari saja lagi bakal bergelar suami isteri, pasti ramai tidak sabat menantikan Fattah Amin dan Amira Othman untuk diijab kabulkan pada Ahad ini.
Disebalik kegembiraan tersebut, ada segelintir pihak yang kurang senang dengan berita perkahwinan pasangan itu.
BACA: “Amira Akan Jadi Ibu Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu mempersoalkan mengapa ada pihak yang tidak suka melihat Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga.
“Fattah dengan Amira nak kahwin 14 Sept ni. Ada juga yang tak suka. Setahu aku syaitan iblis je tak suka orang kahwin,” tulisnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan pendapat individu berkenaan. Malah, ada yang tidak suka dengan penyatuan pasangan itu sedangkan tidak saling mengenali.
Kata netizen lagi, sepatutnya mendoakan yang baik-baik untuk mereka yang bakal menuju ke gerbang perkahwinan.





