Tempah Je Dah Boleh Menang Hadiah Sehingga RM120,000!

Tempah Je Dah Boleh Menang Hadiah Sehingga RM120,000!

Bila sebut je bulan Ogos dan September, semua orang tahu semangat Merdeka memang tengah membara.

Tahun ni, bukan saja bendera Jalur Gemilang berkibar meriah, tapi showroom GWM pun tampil dengan kejutan besar melalui kempen “Gaya Wawasan Malaysia”.

Bukan sekadar pamer kereta idaman, kempen ni juga tawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM120,000 untuk pelanggan bertuah. Pergh, kerlas betul!

Penjimatan Sehingga RM25,000 & Ganjaran Sehingga RM120,000 Sepanjang September 2025

Untuk info korang, kempen ini berlangsung dari 16 Ogos hingga 28 September 2025 dengan tujuh hujung minggu penuh aktiviti di showroom GWM seluruh negara.

Setiap kali korang membuat tempahan kenderaan, korang layak menyertai “Book & Win” yang memberi peluang menang hadiah secara serta-merta.

Jadi, konsepnya mudah je, masuk showroom, buat booking, dan terus berpeluang bawa pulang hadiah! Semudah ABC je korang.

Promosi Khas Bulan September

Oh ya, kalau korang dah lama rancang nak tukar kereta, inilah masa paling sesuai. Sepanjang September, GWM tawarkan pelbagai promosi istimewa untuk seluruh line-up model mereka. Dari model sporty, urban chic hinggalah kenderaan keluarga, semuanya diberi tawaran menarik yang susah nak tolak.

Lagi best, korang bukan saja dapat harga lebih berbaloi, tapi juga berpeluang nikmati pakej tambahan yang menjadikan pengalaman memiliki kereta GWM lebih mudah dan menguntungkan.

Promosi khas bulan ini memang fokus untuk beri pilihan luas kepada korang. Tak kisahlah korang nak kereta bergaya untuk ke bandar, SUV lasak untuk road trip bersama geng, atau kenderaan family-friendly dengan ruang luas untuk anak-anak.

Pendek kata, ada sesuatu untuk setiap gaya hidup. Dengan gabungan diskaun menarik dan peluang menang hadiah RM120,000, kempen Merdeka kali ini memang peluang emas untuk sesiapa yang dah lama mengidam nak upgrade kereta.

Suasana Meriah, Test Drive Pun Ada

Bukan sekadar promosi kering, GWM bawa masuk elemen Merdeka dalam setiap hujung minggu tau. Korang boleh menikmati suasana penuh semangat patriotik, sambil mencuba sendiri test drive pelbagai model GWM.

Suasana dalam showroom bukan lagi sekadar pameran biasa, tapi dihias dengan dekorasi Merdeka yang hype gila dan penuh kejutan! Lagi best, dalam showroom yang sama ada Book & Win untuk korang join.

Wah, memang nampak meriah habis. Confirm datang sekali pun dah rasa macam join mini festival Merdeka. Tak sabar nak jumpa korang kat sana nanti!

Jom Singgah GWM!

Kempen “Gaya Wawasan Malaysia” ini jelas membuktikan GWM bukan saja serius dalam menawarkan kenderaan berkualiti, tapi juga dalam mencipta pengalaman bermakna buat pelanggan.

Jadi, kalau nak rasai vibe Merdeka dengan cara berbeza tahun ini, jangan lepaskan peluang. Singgah di showroom GWM terdekat, buat tempahan kereta impian, dan siapa tahu mungkin korang yang bertuah bawa pulang hadiah lumayan.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.gwm.com.my Jangan lupa follow kami untuk update terkini di Facebook GWM Malaysia Official dan Instagram @gwmmalaysia


Scroll to Top