Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar mengajak orang ramai agar kembali menjaga solat Subuh sebagai salah satu cara ‘berjuang’.
Menerusi perkongsian di Threads, Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Nusantara (GSF) namun, masyarakat boleh memberikan pertolongan menerusi doa yang tidak putus.
“To my brothers, mana yang dah lama kantoi atau lama tak subuh berjemaah di masjid. Jom start balik esok subuh?
“Mintak tolong juga the ladies, bagi support to your husbands and sons. Ada hari memang liat skit, tapi bila isteri bagi encouragement, semangat kami.
“Tak boleh naik Sumud Flotilla? Kita support dengan doa during subuh berjemaah,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Alif kelihatan memuat naik petikan hadis dari riwayat Tirmidzi mengenai doa.
“Nabi SAW bersabda, tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali kebaikan- riwayat Tirmidzi,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Alif sekali gus memuji tindakannya menggunakan media sosial sebagai landasan untuk memberikan peringatan kepada masyarakat.





