Kuasai Bahasa Arab, Neelofa Mahu Faham Maksud Bacaan Al-Quran- “Ini Perjuangan Mencintai Kitab Allah”

Kuasai Bahasa Arab, Neelofa Mahu Faham Maksud Bacaan Al-Quran- “Ini Perjuangan Mencintai Kitab Allah”

Kesungguhan selebriti popular, Noor Neelofa mempelajari bahasa Arab mencuri perhatian.

Mana tidaknya, menerusi beberapa perkongsian video di ruangan Instagram Story (IGS), Neelofa kelihatan memuat naik beberapa sesi pembelajarannya menguasai bahasa tersebut.

“Kelas bahasa Arab lagi dan lagi. Saya nak 5 bintang cikgu,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa menjelaskan, ini adalah salah satu cara dan perjuangannya dalam mencintai al-Quran.

Selain berharap agar dia direzekikan dapat memahami setiap bacaan al-Quran beserta maksud tanpa perlu melihat terjemahannya.

“Perjuangan dwmi mencintai al-Quran lagi dan lagi.

“Belajar bahasa Arab ni moga Allah SWT rezekikan untuk baca al-Quran boleh faham maksud sebiji-sebiji tanpa tengok terjemahan. Aamiin,” kongsinya.

Scroll to Top