“Perancangan Allah Sentiasa Lebih Baik” – Isteri Faisal Halim Kongsi Luahan Hati

“Perancangan Allah Sentiasa Lebih Baik” – Isteri Faisal Halim Kongsi Luahan Hati

Selepas melalui ujian besar dalam rumah tangga, isteri kepada pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri, tampil berkongsi coretan penuh makna di Instagram (IG).

Dalam perkongsian terbaharu itu, Syazwani menitipkan pesanan penuh emosi tentang ketentuan Allah yang sentiasa lebih indah berbanding perancangan manusia.

“Perancangan Allah sentiasa yang terbaik. Kadang-kadang prosesnya menyakitkan dan sukar. Tetapi jangan lupa, apabila Dia berdiam diri, Dia sebenarnya sedang merancang sesuatu untukmu.

“Ingat, hidup akan jadi lebih mudah apabila kita sedar bahawa perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan kita sendiri,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata netizen berharap pasangan ini terus kuat dan dipermudahkan jalan penyelesaian dalam rumah tangga mereka.

Sementara itu, pada Jumaat (semalam), kemelut rumah tangga Faisal bersama Syazwani akhirnya menemui noktah apabila hubungan mereka kembali jernih.

Dalam perkongsian di IGs, Syazwani menzahirkan rasa cinta terhadap suaminya, sekali gus mengesahkan perkahwinan mereka terselamat daripada berlaku perceraian.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Baru Kahwin Semalam…” – Isteri Faisal Halim Pilih Maaf & Lupakan, Rumah Tangga Kembali Harmoni

Untuk rekod, Syazwani difahamkan memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 2 September lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini disatukan pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Scroll to Top