Leona Puji Andy Teh Jejaka ‘Hot’

Leona Puji Andy Teh Jejaka ‘Hot’

Pempengaruh dan anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona secara terbuka memuji lakonan aktor, Andy Teh dalam filem lakonannya, Abah Saya Uncle Mike.

Menerusi video di TikTok, Leona berkata penampilan Andy dalam filem tersebut sangat kacak dan menarik perhatiannya.

“Uncle Mike tu lowkey so hot. Maaf sebab fokus pada benda itu, tapi dia memang nampak sangat good looking dan so daddy. Tapi itu tak penting, yang penting dia memang berlakon dengan baik,” katanya.

Di kesempatan itu, Leona juga memuji barisan pelakon yang memegang watak sebagai anak-anak Uncle Mike dalam filem tersebut iaitu Idan Aedan (Rafei), Nor Merah (Rasyid) Umar Syakur (Rahman).

Filem kisah benar yang mengangkat kisah Michael Tong Wai Siong menjaga tiga anak Melayu sudah mula ditayangkan sejak 28 Ogos lalu di seluruh pawagam.

Scroll to Top