Aksi Sabah menentang Bunga Raya ditunda

Aksi Sabah menentang Bunga Raya ditunda

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Aksi kedua pusingan 16 Piala FA antara Sabah dan Bunga Raya FC terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan cuaca buruk di Stadium Likas, malam ini.

Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di laman Facebook rasmi badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu, sebentar tadi.

“Sepak mula perlawanan Piala FA antara Sabah FC dan Bunga Raya FC di Stadium Likas pada jam 7.30 malam tadi ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak susulan hujan lebat yang berterusan,” kata MFL.

Sebelum itu, MFL memaklumkan sepak mula perlawanan itu ditangguhkan seketika sebelum membuat keputusan untuk menunda aksi berkenaan ke tarikh baharu.

Untuk rekod, Sabah ketika ini selesa mendahului 6-0 secara agregat hasil kemenangan pada aksi pertama yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 17 Ogos lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top