Video Lama Santuni Warga Emas Kembali Tular, Netizen Puji Keperibadian Lemah Lembut Amira Othman

Video Lama Santuni Warga Emas Kembali Tular, Netizen Puji Keperibadian Lemah Lembut Amira Othman

Sebuah video lama memperlihatkan penyanyi Amira Othman mesra menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih menjadi perhatian netizen.

Video tersebut asalnya dimuat naik oleh akaun TikTok pusat jagaan berkenaan pada November 2023, namun kembali dikongsikan semula oleh Pusat Jagaan Mahmudah sempena meraikan pernikahan Amira dengan pelakon Fattah Amin semalam.

Selain Amira, rakan selebriti lain seperti Wany Hasrita dan Safwan Nazri turut datang ke pusat jagaan terbabit untuk menyantuni warga emas.

Menerusi perkongsian yang sudah meraih lebih 60,000 tontonan itu, pihak Pusat Jagaan Mahmudah turut menitipkan ucapan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai tersebut.

@pusatjagaanmahmudah Sempena meraikan pernikahan @Amira Othman ♥️ @Fattah Amin , jom kita throwback sikit video Amira menyantuni ayah ibu pada 2023 lalu.. Penuh kelembutan dan sopan santunnya, sesuai berjodohan dengan Fattah. Anyway, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Kami doakan semoga perkahwinan ini dirahmati dan diberkati Allah SWT, semoga berbahagia sampai syurga. Ameen ♥️ #SetulusTakdirFattahAmira #pusatjagaanmahmudahmalaysia #charity #fattahamin #amiraothman ♬ original sound – PusatJagaanMahmudahMalaysia

“Sempena meraikan pernikahan Amira Othman dam Fattah Amin , jom kita throwback sikit video Amira menyantuni ayah ibu pada 2023 lalu.

“Penuh kelembutan dan sopan santunnya, sesuai berjodohan dengan Fattah. Anyway, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Kami doakan semoga perkahwinan ini dirahmati dan diberkati Allah SWT, semoga berbahagia sampai syurga. Amin,” tulis pengendali akaun terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelembutan dan sikap sopan santun Amira yang disifatkan sangat sesuai bergandingan dengan Fattah.

Sekadar info. Pusat Jagaan Mahmudah merupakan rumah kebajikan beroperasi di Semenyih yang memberi perlindungan percuma kepada golongan memerlukan dan bakal menjadi pusat jagaan mesra ibadah untuk warga emas.

Scroll to Top