“Baru Kahwin..” – Fattah Amin Dedah Fatima Panggil Isteri Aunty Mira

“Baru Kahwin..” – Fattah Amin Dedah Fatima Panggil Isteri Aunty Mira

Melihat anak kepada Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya di majlis perkahwinan bapanya baru-baru ini, ramai yang suka melihat kemesraan Fatima dengan ibu tirinya, Amira Othman.

Ketika siaran langsung malam tadi, ramai yang tertanya-tanya mengenai panggilan mesra Fatima terhadap ibu tirinya dan Fattah berkata anaknya memanggil dengan gelaran Aunty Mira.

BACA: “Fatima Tak Nak Berenggang Mungkin Sebab Dia Terlalu Rindu”

“Fatima panggil Mira Aunty Mira. Baru kahwin semalam,” katanya.

Ahad lalu, Fattah dan Amira selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis serba indah yang diadakan di Sepang, Selangor.

Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top