Penceramah bebas iaitu PU Syed tampil memberikan teguran susulan kenyataan dikeluarkan pelakon dan pengarah Liyana Jasmay susulan penampilannya yang dikatakan agak seksi.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed mengingatkan bahawa sebagai umat Islam kita terikat dengan halal dan haram.
BACA: “Seluar Pendek Memang Saya Pakai, Cuma Tak Post Media Sosial”
“Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram. Bahkan kedua-duanya jelas seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW,” tulisnya.
Menurut PU Syed lagi, sebagai selebriti sudah pasti pelakon itu mempunyai ramai pengikut serta dalam masa yang sama menjadi contoh buat mereka.
“Kamu ramai pengikut, jangan lah sampai mereka terikut-ikut dengan gaya penampilan kamu. Takutlah kepada Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Liyana mengakui dengan apa yang dikatakan netizen bahawa dia tidak sepatutnya berpakaian seksi serta menerima nasihat diberikan.
Kata pelakon itu lagi, dia gemar berpakaian seksi namun sebelum ini jarang berkongsikan di media sosial, namun ianya menjadi isu apabila dimuat naik di platform Instagram.




