mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon Amir Raja Lawak, 36, memaklumkan bapanya, Azmi Deris meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malam ini.
Berita sedih ini dimaklumkan oleh Amir menerusi Facebooknya.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin,” tulisnya ringkas.
Amir turut memberitahu, apa-apa urusan lanjut berkaitan bapanya, akan dimaklumkan di Facebooknya.
Terdahulu, pada pertengahan Julai lalu, Amir memaklumkan bapanya menghidap kanser usus dan keadaan bapanya semakin hari semakin uzur dan lemah.
© New Straits Times Press (M) Bhd




