Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa simpati terhadap isteirnya, Ardell Aryana yang kini sedang sakit dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi berkata isterinya yang kini mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak memaklumkan kepadanya kerana tidak mahu membuat mereka sekeluarga susah hati.
BACA: Ibu Ardell Bakal Jalani Pembedahan Potong Dua Kaki
“Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tak bagitau kami sebab tak nak susahkan hati kami disini kuat bertahan ye. Dah kurus dah awak,” tulisnya.
Sementara itu, Nadzmi berkata dia mendapat tahu mengenai keadaan kesihatan isterinya apabila dimaklumkan oleh seorang aktivis Ilyia Balqis yang turut sama dalam misi berkenaan.
“Dapat tahu dari Ilyia tadi. Tak dapat contact 2 hari baru dapat harini. Alhamdulillah! Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nadzmi turut mendoakan agar isterinya diberikan kekuatan serta memohon doa agar kumpulan Global Sumud Flotilla agar terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
“Moga Allah berikanlah kekuatan pada awak dan semua team Global Sumud Flotilla untuk terus mengharungi semua dugaan dan cabaran ini. Insyaallah kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang disana,” tulisnya.




