Kena Tembak Plasma Cannon Pun Masih Steady, HONOR X9d Bukan Biasa-Biasa!

Kena Tembak Plasma Cannon Pun Masih Steady, HONOR X9d Bukan Biasa-Biasa!

Kalau ingat dulu HONOR X9b pernah jadi topik hangat sebab ketahanan luar biasa, kali ni HONOR kembali dengan adik baru, HONOR X9d 5G yang lagi padu sampai buat ramai orang tepuk dahi. Bukan setakat cantik luar, tapi dalaman pun penuh kejutan.

Masa pelancaran, HONOR X9d sempat muncul masa perarakan Hari Kebangsaan. Yang buat ramai terkejut, Sultan Pahang sendiri pernah tengok phone ni depan-depan dan bagi thumbs up. Fuh, kalau sampai tahap tu, confirm orang ramai makin curious kan?

Paling gempak, dan rasa berbaloi sekali bila HONOR ni extra siap bawa plasma cannon untuk test ketahanan. Kalau telefon lain confirm cair, tapi X9d steady jalan macam tak ada apa berlaku.

Belum habis kat situ, skrin dia siap kena paku dengan air nail gun, tapi masih power. Botol air tin pun kalah, bayangkan betapa keras kepala dia. Memang sesuai untuk korang yang kerja lasak dan ibu-ibu yang ada anak kecil. Biasakan phone ibu itu lah phone anak-anak, lepas ni anak baling phone pun ibu kekal maintain tenang.

Kalau korang nak tahu, HONOR X9d ni phone pertama dengan sijil IP69K. Maknanya kalau kena air panas tekanan tinggi pun boleh survive. Nak bawak masuk swimming pool sebulan pun no hal. Lagi rare, dia boleh guna masa hujan lebat dengan fungsi AI Heavy Rain Touch. Tekan skrin pakai glove pun boleh detect. Memang sesuai untuk geng outdoor hardcore.

Kalau korang jenis layan drama Korea 24 jam, jangan risau. Dengan bateri 8300mAh, phone ni boleh bertahan sampai 3 hari sekali cas. Nak gaming 16 jam pun steady. Paling best, dia boleh jadi powerbank portable sebab ada reverse charging.

HONOR X9d ni juga lengkap dengan kamera 108MP ultra-sensing. Malam gelap pun gambar masih lagi clear. Lepas tu ada tools AI macam AI Eraser (buang photobombers), AI Upscale (gambar pecah jadi HD) sampai AI Face Tune (glow up muka sikit) pun ada.

Ini yang ramai part suri rumah suka, sambil mengemas rumah tu korang boleh pasang lagu tanpa menggunakan speaker. Cukup hanya ada HONOR X9d yang dah ada bass dual speaker dengan mode volume naik 400%. Tak perlu bluetooth speaker, phone ni pun cukup dah untuk buat satu rumah dengar lagu.

Phone ni boleh kekal smooth sampai 6 tahun dengan adanya Snapdragon 6 Gen 4 chipset dan sistem cooling baru. Kiranya, beli sekali boleh pakai lama, tak payah pening nak upgrade tiap tahun.

HONOR X9d ni dijual bermula RM1,499 dengan hadiah percuma bernilai RM1,146 termasuk HONOR Pad X7. Pre-order sampai 9 Oktober je, siapa lambat melepas.

Kalau selama ni midrange phone selalu kena pandang sebelah mata, HONOR X9d ni macam nak pecah stereotype tu. Telefon ni bukan setakat tahan lasak, tapi siap ada vibe flagship murah hati sebab bagi semua benda sekali gus.

Pendek kata, kalau korang cari phone yang boleh survive banjir, jatuh, tertembak paku, dan masih boleh layan TikTok tanpa lag HONOR X9d ni pilihan paling “degil” abad ni.


Scroll to Top