Bawa Watak Ketua Ajaran Sesat, Ellie Suriaty Tak Henti Berdoa Takut Terpesong

Bawa Watak Ketua Ajaran Sesat, Ellie Suriaty Tak Henti Berdoa Takut Terpesong

Pelakon Ellie Suriaty berkata dia tidak mengambil ringan lebih-lebih lagi apabila membawakan watak sebagai ketua ajaran sesat menerusi drama Ibu Aji.

Memetik mStar Online, Ellie berkata dia sentiasa memohon doa serta keampunan sebelum masuk set penggambaran kerana bimbang akidah terpesong.

BACA: Ellie Suriaty Tolak Permintaan Imran Bard Mohon Maaf Secara Tertutup

“Setiap kali saya masuk set, saya akan berdoa dan minta maaf kepada Allah SWT berulang kali. Saya juga minta kelancaran kata-kata, pemikiran dan penyampaian.

“Walaupun saya melakonkan watak ajaran sesat tapi Allah tahu niat sebenar saya ini untuk menjadi cermin supaya orang ramai tidak menjadi mangsa scam atau penipuan,” katanya.

Menurut Ellie lagi, doa yang dibacanya ada kala terlalu panjang sehingga mengambil masa sepanjang perjalanan ke lokasi penggambaran.

“Setiap kali saya ada watak seperti ini memang akan berdoa panjang, boleh jadi dari saya masuk van ketika diambil pemandu. Saya akan berdoa dalam hati dan pemandu akan selalu tengok saya angkat tangan sampai set penggambaran.

“Bila tiba di set saya juga akan jalan diam-diam tanpa bercakap dengan orang kerana doa saya tak habis lagi. Baru saya lapang dada untuk teruskan kerja. Kalau tidak saya akan rasa tersekat dan ia tak boleh lepas, itu gunanya untuk berdoa dulu,”katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top