Bila Jiran Jadi Kawan Baik, Rendang Tok Pun Masuk Sekali, Minggu Perpaduan Perak Memang Rare!

Bila Jiran Jadi Kawan Baik, Rendang Tok Pun Masuk Sekali, Minggu Perpaduan Perak Memang Rare!

Ipoh bakal jadi lokasi paling meriah hujung minggu ini! Pada 27 dan 28 September 2025, Stadium Indera Mulia, Ipoh akan bertukar wajah jadi pusat perpaduan rakyat apabila Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Perak berlangsung dengan penuh warna-warni.

Acara istimewa ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Negeri Perak, sekali gus memberi suntikan semangat untuk orang ramai datang sama-sama meraikan kepelbagaian budaya serta keharmonian negeri.

Bayangkan suasana di mana makanan, muzik, aktiviti sihat dan jiran-jiran semua berkumpul bawah satu bumbung. Memang rare!

Antara highlight paling ditunggu pastinya demontrasi citarasa warisan Perak, Rendang Tok. Bukan sekadar tengok, tapi korang boleh belajar rahsia di sebalik lauk lagenda negeri Perak ni. Confirm ramai yang terliur.

Lepas tu, jangan terkejut kalau jiran sebelah rumah tiba-tiba berubah jadi penyanyi profesional sebab ada Pertandingan Lagu Irama Malaysia Jiran Muda. Memang port terbaik untuk tunjuk bakat, sambil hidupkan semula lagu-lagu evergreen yang pernah jadi halwa telinga kita.

Kalau jenis aktif dan suka keluar peluh, jangan risau Unity Fun Run menanti korang. Satu larian santai yang bukan pasal siapa paling laju, tapi siapa paling enjoy. Bayangkan satu stadium penuh orang dari pelbagai lapisan masyarakat lari bersama-sama. Vibe dia lain macam!

Paling gempak, tak sah acara besar macam ni kalau tak ada makanan. Food Unites akan jadi lubuk paling meriah dengan juadah dari pelbagai budaya. Dari nasi lemak, char kuey teow sampai kari mamak, semua ada untuk memenuhi selera. Habis lari, boleh terus makan puas-puas.

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Save the date, ajak geng, ajak jiran, ajak mak ayah. 27 dan 28 September, Stadium Indera Mulia Ipoh. 

Ada banyak lagi aktivit menarik menanti korang. Kalau terlepas, jangan menyesal bila feed media sosial nanti penuh dengan gambar Rendang Tok, larian penuh semangat dan vibe perpaduan yang confirm buat korang rasa FOMO.


Scroll to Top