Johor Bharu: Pakatan Harapan (PN) sedang menghampiri kemenangan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ia berdasarkan kiraan yang hampir selesai disemua saluran mengundi di kerusi DUN berkenaan setakat 8.50 malam ini.
Antara kerusi menghampiri kemenangan kepada PH termasuk DUN Penggaram, Mengkibol, Stulang, Bentayan, Skudai, Puteri Wangsa dan Senai.
Hanya DUN Simpang Jeram hingga kini menyaksikan saingan sengit dengan undi majoriti 159 undi diperoleh PH, berdasarkan 68 daripada 73 saluran mengundi yang sudah selesai dikira.
PN pula tewas disemua kerusi ditandingi termasuk gagal mempertahan kerusi DUN Bukit Kepong, Maharani dan Endau yang dimenangi pada PRN 2022 lalu.
[LANGSUNG] Keputusan terkini PRN Johor ke-16
© New Straits Times Press (M) Bhd



![[TIDAK RASMI] PRN Johor: Samsolbari pertahan Semarang enam penggal berturut-turut [TIDAK RASMI] PRN Johor: Samsolbari pertahan Semarang enam penggal berturut-turut](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/07/11/3579340.webp)
