Hai guys! Sejak program subsidi petrol BUDI95 diperkenalkan, ramai yang mula mencari kaedah pembayaran yang paling efisien dan cepat di stesen minyak.

Memanglah harga RON95 dah jadi RM1.99 seliter untuk yang layak, tapi kalau nak bayar pun kena pening kepala, tak best juga, kan?
Kitorang faham, masa itu emas, apatah lagi bila beratur panjang kat stesen minyak. Jadi, kitorang dah compare dan review 3 kaedah utama untuk korang claim kuota subsidi tu.

Baca sampai habis dan tentukan cara mana yang paling ngam dengan gaya hidup korang!
1. MyKad di Kaunter: Cara Old School yang Penuh Cabaran
Ini adalah kaedah yang paling lama kita guna, tapi kini ia datang dengan step tambahan untuk urusan subsidi. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang enggan langsung guna apps di telefon.

Kelebihan Pilihan Ini:
Korang tidak memerlukan smartphone atau baki dalam e-Wallet. MyKad atau tunai/kad kredit atau debit dah memadai.
Kaedah ini paling sesuai untuk golongan yang lebih selesa berurusan secara fizikal dengan juruwang.
Kekurangan Yang Korang Kena Hadap:
Korang kena beratur panjang di kaunter, terutamanya pada waktu puncak atau hujung minggu.
Prosesnya agak rumit sebabnya korang perlu beratur, serah MyKad untuk pengesahan kelayakan, maklumkan nombor pam, bayar, baru boleh beredar ke pam minyak. Banyak step yang memakan masa juga kan?
Oh ya, satu lagi adalah isu keselamatan data timbul bila kita perlu serahkan MyKad kepada kakitangan stesen berulang kali. Hmm.
Jadi secara ringkasnya. kaedah ini sesuai untuk yang tak ada pilihan lain selain tunai atau kad, dan sanggup beratur.
2. Petrol Company Apps (Setel, CaltexGO): Untuk Golongan Loyal
Cara ini adalah penjimatan masa yang sangat baik, tapi sayangnya ia terikat dengan jenama stesen minyak tertentu. Kalau guna cara ni korang dah tak perlu susah nak pamerkan MyKad lagi dah. Semuanya di hujung jari je.

Kelebihan Pilihan Ini:
Pengalaman mengisi yang sangat lancar dan tanpa perlu ke kaunter, terutamanya dengan apps seperti Setel di Petronas. Korang bayar terus dari pam.
Kaedah ini juga sesuai untuk korang yang memang setia dengan satu jenama stesen minyak sahaja dan nak kumpul mata ganjaran jenama tersebut.
Kekurangan Yang Korang Kena Hadap:
Setiap jenama memerlukan aplikasi yang berbeza. Kalau korang singgah stesen lain, kena install app lain.
Lagi satu, setiap app memerlukan proses pendaftaran dan pengesahan penuh (eKYC), yang perlu diulang kalau korang guna banyak apps.
Akhirnya, korang akan ada banyak apps yang berbeza dalam telefon, semata-mata untuk tujuan isi minyak.
Jadi, kaedah ni sesuai untuk korang yang jarang tukar stesen minyak dan mementingkan kelancaran tanpa kaunter, walaupun kena ada app berasingan.
3. TNG eWallet: Satu App, Semua Cukup
Inilah kaedah yang dapat menyelesaikan kebanyakan masalah yang ada pada dua kaedah di atas. TNG eWallet menawarkan fleksibiliti dan kemudahan yang menyeluruh.

Kelebihan Menggunakan TNG eWallet:
Feature ‘BUDI95’ dalam app TNG eWallet boleh digunakan di SEMUA stesen minyak di Malaysia, tidak terhad kepada satu jenama sahaja.
Pengguna tidak perlu download berbelas app jenama minyak yang berbeza. Semua urusan pembayaran dan pengesahan BUDI95 boleh dibuat dalam satu app yang sama. Kebanyakan orang dah ada app ni dan pengguna juga telah buat eKYC (pengesahan akaun). Boleh terus semak kelayakan, baki yang ada dan isi minyak dalam app tu jer.
Lebih-lebih lagi dengan integrasi Setel dalam TNG eWallet (untuk stesen Petronas), korang boleh bayar terus dan aktifkan pam tanpa ke kaunter – pengalaman digital yang paling lancar. Nanti maybe dapat guna dengan lebih banyak jenama petrol lain jugak!

Sebagai pilihan yang paling sesuai untuk korang yang nak kemudahan dan boleh isi minyak di mana-mana stesen tanpa juggle banyak aplikasi, gunalah TNG eWallet ini!
Pilih Ikut Kesenangan Korang!
Jelas di sini, setiap cara ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau korang super loyal pada satu jenama, guna sahaja app jenama tersebut. Kalau korang seorang yang kerap tukar stesen, TNG eWallet adalah jawapannya. Dua-dua cara ini adalah digital dan tidak perlu memaparlkan MyKad.
Yang paling best, kalau guna app, lain dengan kredit atau debit kad, bila ada baki tak guna masa isi minyak, refund biasanya masuk dalam beberapa minit je kat stesen besar macam PETRONAS, Shell, Petron dan BHP.
Tapi kalau korang tak suka apps, bersedialah untuk beratur di kauter bersama MyKad korang.

Mudah cerita, matlamatnya sama, dapatkan subsidi BUDI95 dengan lancar. Jadi, pilih kaedah yang paling fit dengan rutin harian korang!
So, apa pendapat korang? Kaedah mana yang paling best setakat ni? Jom share kat ruangan komen!




