Ieda Moin Kongsi Detik Hampir Terlibat Dalam Hubungan Songsang Ketika Remaja – “Syukur Ramai Rakan Artis Nasihat”

Ieda Moin Kongsi Detik Hampir Terlibat Dalam Hubungan Songsang Ketika Remaja – “Syukur Ramai Rakan Artis Nasihat”

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin, mendedahkan dia hampir terjebak dalam hubungan songsang sewaktu remaja.

Menerusi sesi temu bual podcast bersama Adidi Marcello, Ieda atau nama lengkapnya, Siti Haida Abdul Moin, 46, menegaskan  hubungan itu tidak lebih daripada hanya sekadar rasa sayang terhadap seorang rakan.

Ieda turut menjelaskan, perkara tersebut timbul akibat pergaulannya dengan pelbagai individu daripada latar belakang berbeza.

“Pada usia remaja, saya hampir terlibat dalam hubungan songsang. Ini saya kongsikan untuk pengetahuan umum, kerana ada yang tahu dan saya tidak mahu menipu tentang perkara ini.

“Saya dilahirkan di Kuala Lumpur, kita kenal macam-macam orang. Bergaul dengan ramai orang. Jahat-jahat saya, tetap ada batasnya,” katanya.

Bagaimanapun, Ieda meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi individu yang banyak menyedarkannya perbuatan tersebut salah dari sisi agama Islam.

“Alhamdulillah, saya cepat sedar selepas ditegur dan dinasihati oleh rakan-rakan artis di sekeliling saya,” katanya.

Namun begitu, pendedahan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang menganggap perkara tersebut tidak wajar didedahkan kepada umum yang dianggap sebagai aib individu itu.

Scroll to Top