Ia merupakan belanjawan keempat yang dibentang oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Artikel lain: Tabung Pahlawan terus kukuh jadi tunjang kebajikan wira negara
Belanjawan MADANI

Anwar, ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan 2026 kepada editor media di Putrajaya pada Rabu, berkata Belanjawan Kerajaan MADANI Keempat itu akan menumpukan usaha untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan dibahaskan di Peringkat Dasar selama lapan hari oleh Ahli-Ahli Parlimen selepas dibentang hari ini.
Seterusnya, sesi penggulungan oleh kementerian akan berlangsung dari 29 Okt hingga 4 Nov diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 Nov untuk kelulusan Dewan Rakyat.
Sumber: Bernama




