Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil menempelak segelintir netizen yang kurang sopan menggelarnya sebagai ‘bibik’ meskipun berkahwin dengan orang berada.
Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, Atikah sempat berkongsi video memaparkan dirinya sedang memasak hidangan buat suami tercinta, Datuk Lokman Teh.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu menerima respons negatif dalam kalangan warganet yang melabelnya sebagai bibik gara-gara rajin melakukan kerja memasak.
Enggan berdiam diri dengan gelaran yang diberikan, Atikah bagaimanapun tampil membalas komen yang ditinggalkan individu berkenaan.
“Oh, habistu ched dekat restoran you panggil bibik juga ke?,” balasnya.





