Ustaz Mad Kecik dikejarkan ke hospital akibat demam, lenguh badan

Ustaz Mad Kecik dikejarkan ke hospital akibat demam, lenguh badan

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kecik, 32, dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) selepas mengadu kurang sihat sebaik selesai menyampaikan kuliah Maghrib di Kemaman, semalam.

Abang kepada pengasas Madrasah Darul Zahra, Mohd Faizul Abdullah, 40, berkata Mad Kecik ditahan di wad untuk rawatan dan pemantauan.

Bagaimanapun, katanya, atas permintaan, Mad Kecik dibenarkan pulang selepas meminta kebenaran untuk berehat di Kampung Dura, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

“Ustaz Mad Kecik dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam dan lenguh-lenguh badan.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar kesihatan Mad Kecik cepat sembuh dan kembali meneruskan kuliahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Faizul berkata, keadaan adiknya semakin sembuh, tetapi masih memerlukan rehat sebelum dibenarkan meneruskan kuliah.

Berikutan itu, katanya, Mad Kecik terpaksa menangguhkan beberapa siri ceramah dan kuliah seperti dijadualkan.

“Dia (Mad Kecik) hanya mengalami demam biasa dan lenguh-lenguh tubuh, mungkin kerana kepenatan selepas memenuhi jadual kuliah sejak pulang ke Terengganu, Isnin lalu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top