PM beri amaran jangan sesekali lindungi kes buli di sekolah

PM beri amaran jangan sesekali lindungi kes buli di sekolah

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak sesekali melindungi kes buli, walaupun dianggap kecil, kerana tindakan sedemikian ibarat melindungi perbuatan jenayah.

Perdana Menteri berkata, sikap segelintir pentadbir sekolah yang cuba menutup kes buli atas alasan mahu menjaga imej institusi pendidikan masing-masing perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

“Guru besar, ibu, bapa perlu beri kerjasama sepenuhnya. Antara masalahnya ialah salah faham atau keutamaan pentadbir sekolah yang mahu melindungi imej sekolah.

“Bila ada kes, mereka simpan, kononnya untuk jaga nama baik sekolah. Tapi kalau dilindungi, itu satu kesalahan, ibarat melindungi jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling, Presint 5 di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top