Kakak kepada usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Prince Syed Shahid, iaitu Syarifah Syah, menarik perhatian ramai selepas berkongsi keadaan adik iparnya, Fatin Syazwani di wad.
Dalam hantaran itu, mereka dilihat memegang tangan Fatin yang memakai saluran IV (drip) bertarikh 1 November.
BACA: “Isteri Yang Enggan Jumpa..” – Prince Syed Akhirnya Bersuara, Jawab Dakwaan Ibu Mentua
“Itu semua fitnah semata-mata”
Dalam masa sama, Syarifah Syah menafikan segala tuduhan yang dikaitkan dengan keluarganya.
Menurut Syarifah, apa yang tersebar di media sosial ketika ini hanyalah dakwaan palsu yang sengaja dibuat untuk menimbulkan kekeliruan.
Moga adik iparku cepat baik. Kisah sebenar hanya Allah yang tahu. Kakak tetap sayang korang.
Di ruangan komen, beliau memohon orang ramai tidak menabur fitnah kononnya tidak dibenarkan berjumpa.




Terdahulu, ibu kepada Fatin mendakwa bahawa anaknya telah diminta menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan promosi produk pelangsingan badan.
Dakwaan itu menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai pihak berharap agar perkara sebenar dapat dijelaskan secara terbuka.
Pssttt! Bila isu keluarga dibuka di media sosial, macam-macam spekulasi boleh timbul. Apa pun, Oh! Media harap semua pihak yang terlibat dapat selesaikan perkara ini dengan cara yang baik tanpa menambah tekanan kepada individu yang sedang dirawat. Doa yang baik-baik saja buat Fatin dan keluarganya.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




