Perlawanan berlangsung cukup mendebarkan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak awal permainan dengan tempo tinggi dan penuh fizikal.
Kuala Lumpur terlebih dahulu memberi tekanan apabila memanfaatkan kelebihan permainan terbuka untuk mendahului dalam beberapa fasa awal perlawanan.
Namun Terengganu tidak mudah mengalah apabila bangkit secara konsisten menerusi disiplin pertahanan dan serangan balas yang lebih berkesan.
Pertarungan semakin sengit pada babak kedua apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata sehingga perbezaan kekal tipis menjelang minit akhir.
Aksi di Padang Astaka itu akhirnya memihak kepada Terengganu yang berjaya memanfaatkan peluang penting untuk mencuri kemenangan satu mata di penghujung permainan.
Sementara itu di Serdang, Johor membelasah Putrajaya 45-5 dalam aksi sebelah petang yang berlangsung di Padang B, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dalam satu lagi perlawanan, Kelantan Rugby menewaskan PDRM Rugby 26-24 manakala Negeri Sembilan Rugby menundukkan Kedah 28-15 di Universiti Malaya. – UTUSAN




