am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025.
Jabatan Imigresen Malaysia dalam perkongsian hantaran di Facebook rasminya berkata, ia membolehkan warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 negara di seluruh dunia.
“Pencapaian itu mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.
Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




