Pasangan Separuh Abad Dicekup Khalwat, Kantoi Rupa-Rupanya Masing-Masing Dah Kahwin!

Pasangan Separuh Abad Dicekup Khalwat, Kantoi Rupa-Rupanya Masing-Masing Dah Kahwin!

Trending

Suami orang dan isteri orang dicekup khalwat di Kluang, beri alasan ‘tidur asing’ demi jimat belanja.


Operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di beberapa hotel sekitar Kluang antara jam 11 malam hingga 3 pagi bertukar kecoh apabila empat pasangan bukan mahram ditahan dalam bilik masing-masing.

Memetik perkongsian Penguatkuasa JAINJ di Facebook, salah satu pasangan yang dicekup ialah lelaki dan wanita berstatus suami serta isteri orang.

15 minit ketuk pintu, tak ada siapa buka

Suami

Ketika pintu bilik diketuk lebih 15 minit, pasangan berkenaan enggan membuka pintu sehinggalah penguatkuasa mendapatkan kunci pendua.

Namun, pintu diselak dengan rantai dari dalam sebelum akhirnya dibuka juga. Pasangan terbabit yang kelihatan gelabah terus mengaku mereka bukan suami isteri, namun menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Alasan ‘tidur asing’ dalam bilik sama

Pasangan Khalwat
Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan, lelaki berusia 50-an dan wanita berumur 40-an itu datang dari sebuah negeri di utara dan mendakwa hanya menyewa bilik bersama untuk jimat belanja.

Semasa pemeriksaan, kelihatan selimut yang dijadikan alas dan bantal di bahagian lantai bilik hotel.

Bagaimanapun, alasan itu menimbulkan keraguan pihak penguatkuasa yang hairan mengapa mereka mengambil masa lama untuk membuka pintu.

Katanya, “Dengar boleh, percaya belum tentu.” Difahamkan, kes seperti ini bukan pertama kali berlaku dan sering melibatkan wanita yang mendakwa sedang dalam proses perceraian.

Pssttt! Macam-macam alasan boleh diberi bila dah kantoi, tapi tindakan JAINJ ni patut dijadikan pengajaran. Kalau betul tiada apa-apa hubungan, lebih baik elak situasi yang boleh timbulkan fitnah dan salah faham.

Kredit: Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top