bhnews@bh.com.my
Putrajaya: Syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (SESB) gagal mendapatkan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan tanah di Mukim Batu dikenali sebagai Duta Enclave, sebagai hak milik kerajaan.
Pada 24 Jun lalu, tanah Duta Enclave kekal menjadi milik kerajaan selepas Kerajaan dan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan berjaya dalam rayuan mereka bagi mengetepikan perintah supaya ia memindah milik tanah berkenaan kepada SESB.
Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menolak permohonan SESB selepas mendapati ia gagal memenuhi ambang peruntukan Seksyen 96(a) dan 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
“Kami berpendapat selepas meneliti semua hujahan dengan terperinci serta meneliti undang-undang dan perlembagaan, permohonan kebenaran oleh pemohon tidak memenuhi ambang keperluan seperti yang ditetapkan.
“Dengan itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu ditolak dengan kos,” kata Hasnah.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd
