Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak menetapkan syarat tambahan baharu yang mewajibkan calon membuat semakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai syarat kelayakan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
SPR menerusi hantaran di Facebook suruhanjaya itu memaklumkan maklumat yang disebarkan menerusi Aplikasi WhatsApp berhubung syarat tambahan tersebut adalah palsu.
“Maklumat tersebut adalah palsu. Harap maklum,” menurut hantaran tersebut.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
© New Straits Times Press (M) Bhd




