17 November 2025 03:39pm
Masa membaca: 4 minit

Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah.
NEW DELHI – Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah.
Bas yang membawa mereka dari Makkah berlanggar dengan sebuah lori tangki berhampiran Madinah, mengakibatkan kebakaran besar.
Ramai daripada jemaah terbabit berasal dari negeri Telangana di selatan India, dengan angka korban dilaporkan mencecah 42 orang, menurut media India pada Isnin.
Kedutaan India di Riyadh dan konsulat di Jeddah “kini memberikan sokongan penuh kepada rakyatnya dan keluarga yang terjejas akibat kemalangan ini,” kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar dalam hantaran di platform sosial X. – Bernama
Ringkasan AI
- Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi
- Bas berlanggar dengan lori tangki berhampiran Madinah, menyebabkan kebakaran besar
- Ramai mangsa berasal dari negeri Telangana, selatan India
- Angka korban dilaporkan mencecah 42 orang
- Kedutaan India di Riyadh dan konsulat di Jeddah memberikan sokongan kepada keluarga terjejas



