mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
JPJKK menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.
“Seluruh warga kerja JPJKK Bukit Aman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
“Selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara,” katanya.
Jawatan itu sebelum ini dipangku Datuk Fisol Salleh selepas Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim bersara dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Disember 2025.
© New Straits Times Press (M) Bhd




