Snek Ku Dah 50 Tahun! Ni Dia Penampilan Baru Jenama Legend Zaman Kita! | Branded – Oh! Media

Snek Ku Dah 50 Tahun! Ni Dia Penampilan Baru Jenama Legend Zaman Kita! | Branded – Oh! Media

Siapa yang tak kenal jenama Snek Ku? Zaman balik sekolah dulu, singgah kedai runcit mesti cari Tam Tam atau MiMi. Kadang beli semua terus sebab tak sanggup pilih satu. Memang “legend” betul!

Bila nampak saja bungkusan Snek Ku, terus rasa macam kena teleport balik ke zaman sekolah rendah masa tak ada masalah lain selain takut sebab tak siap kerja sekolah. Haa, siapa yang sama?

Bakal sambut ulangtahun ke-50 dengan pek baru

Snek Ku Shoyuemi

Tapi korang tahu tak, jenama snek kegemaran ramai ni rupanya dah hampir 50 tahun dalam pasaran! Yup, Snek Ku ditubuhkan sejak tahun 1976, dan tahun depan (2026) mereka akan menyambut ulang tahun ke-50. Separuh abad weh memang layak digelar snek otai!

Snek Ku Grains

Sempena ulang tahun ke-50 ni, Snek Ku tampil dengan rekaan pek serba baharu lebih moden dan menarik, tapi masih kekalkan vibe ceria yang kita semua kenal. 

Snek Ku Mi Mi Snek Ku Tam Tam

Walaupun packaging kini kelihatan berbeza, jangan risau, rasa legend masih ada di setiap gigitan, rangup, lazat dan membawa kembali kenangan indah masa kecil, sambil menghidupkan nostalgia lama yang buat hati tersenyum setiap kali menikmatinya.

Kalau korang perasan, pek baru ni dah mula masuk pasaran secara berperingkat, ikut batch. Jadi kalau nampak kat rak, jangan terkejut tu bukan tiruan, tapi “new look” Snek Ku untuk generasi lama dan baru!

Dinikmati di lebih 20 negara

Snek Ku

Menariknya lagi, Snek Ku ni bukan setakat popular kat Malaysia je tau. Lebih 20 negara seluruh dunia pun dah jadi peminat snek ni! 

Bayangkan, setiap bulan mereka hasilkan lebih 500 tan produk untuk memenuhi permintaan pasaran global. Hebat kan untuk jenama tempatan yang dah jadi sebahagian daripada memori zaman kecil kita semua.

Snek Ku, rupa baru, rasa tetap sama macam dulu

Jadi, bila nampak pek baru Snek Ku nanti, jangan segan nak bawa balik satu. Nikmati balik rasa nostalgia sebab walau rupa dah berubah, jiwa Snek Ku tetap sama macam dulu!

Untuk kemaskini semasa dan promo terbaru, lawati laman web Snek Ku dan jangan lupa ikuti Snek Ku di laman sosial mereka:

Facebook: https://www.facebook.com/mysnekku/ 

IG: https://www.instagram.com/mysnekku/ 

Tiktok: https://www.tiktok.com/@mysnekku?lang=en 

XHS: https://www.xiaohongshu.com/user/profile/669da5b80000000024020fff?xhsshare=CopyLink&appuid=669da5b80000000024020fff&apptime=1723767613&exSource= 

Dapatkan produk-produk Snek Ku secara online di:

Shopee: https://shopee.com.my/snek_ku  

Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/snek-ku?path=index.htm&lang=en&pageTypeId=1  

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSUp7j7Ay/?page=TikTokShop 

Estore: https://estore.mysnekku.com/ 

author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top