Sharifah Rose Perjelas Status Terkini Dengan Ezzrin Loy – “Kami Tak Rapat Macam Dulu” 

Sharifah Rose Perjelas Status Terkini Dengan Ezzrin Loy – “Kami Tak Rapat Macam Dulu” 

Pelakon dan pempengaruh, Sharifah Rose, akhirnya membuka mulut mengenai status terkini hubungannya dengan adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy selepas hubungan rapat mereka sebelum ini menjadi perhatian peminat.

Menurut Rose, dia sebenarnya tidak pernah berkongsi lanjut mengenai hubungan mereka berdua dan menegaskan apa yang berlaku hanyalah hubungan antaran seorang rakan kepada rakannya.

“Saya memang tak pernah declare apa-apa mengenai hubungan kami, jadi memang kami berkawan saja.

“Cuma sekarang dia pun sibuk dengan kerja, saya pun sama, jadi kami dah jarang bercakap. Memang dah tak serapat dulu.

“Saya kadang-kadang jumpa juga dia di acara, jumpa kakak dia, Elfira Loy. Jadi hubungan itu masih baik, cuma tak rapat seperti dulu,” katanya.

Mengulas mengenai punca hubungan rapatnya dengan Ezzrin semakin pudar, Rose percaya ia berkait dengan matlamat hidup masing-masing.

“Mungkin sebab dia fokus pada kejayaan dia, dan saya pun ada matlamat sendiri. Mungkin dari situ kami tak sehaluan, sebab masing-masing nak capai perkara berbeza,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai soal jodoh, Rose mengakui dia seperti wanita lain yang mengimpikan perkahwinan sebelum berusia 30 tahun.

“Saya pun dah 27 tahun, tapi mungkin belum jumpa yang benar-benar serasi.

“Saya rasa setiap perempuan memang mengimpikan untuk berkahwin sebelum 30 tahun. Doakanlah saya,” ujarnya.

Sekadar info, Sharifah Rose bakal muncul dalam drama terbaharunya berjudul, Doa Yang Terlindung yang akan ditayangkan di slot Akasia pada January tahun depan.

Selain Rose, antara pelakon yang terlibat adalah Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz.

Scroll to Top