Pelakon Isa Khan tampil memberi pendapat peribadinya berhubung drama yang disiarkan dikaca televisyen sejak kebelakangan ini.
Kata Isa, kandungan yang sarat dengan adegan tidak senonoh dan jalan cerita ‘penyondol’ sering diangkat demi meraih ‘rating’ yang tinggi.
Jelasnya, kandungan sebegitu bukan sahaja tidak membawa manfaat, malah mencemar imej Islam dan memberi pengaruh buruk kepada penonton, terutama golongan muda.
“Drama Melayu sekarang banyak yang tak senonoh. Banyak adegan yang berunsurkan ‘S*ft P*rn” hanya sebab nak naikkan rating, sampai menggadaikan maruah agama.
“Drama televisyen ni dah la untuk tontonan umum, budak-budak kecil pun tengok kot. Tak habis-habis cerita pasal penyondol, patutlah ramai orang tak tengok tv dah.
“Nak berkarya biarlah yang ada manfaat untuk orang lain, bukan hanya untuk kepuasan sendiri dan mencemarkan imej agama Islam serta pengarug buruk kepada masyarakat,” katanya.

Meskipun ramai yang bersetuju dan menyokong pendapat peribadi Isa, namun masih ada juga yang meninggalkan komen secara sarkastik menyebut nama adik iparnya.








