METMalaysia Keluarkan Amaran Kategori Bahaya, 4 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Esok | Trending – Oh! Media

METMalaysia Keluarkan Amaran Kategori Bahaya, 4 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Esok | Trending – Oh! Media

Trending

METMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya di empat negeri.


Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya melibatkan empat negeri berikut:

  • Perlis
  • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang & Sik)
  • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang & Pasir Puteh)
  • Terengganu (Besut)

Dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi, METMalaysia memaklumkan bahawa hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya dijangka berlaku sehingga esok.

Hujan lebat berterusan di negeri-negeri ini

Hujan Lebat

Selain itu, hujan lebat berterusan kategori buruk turut diramal melanda beberapa kawasan lain:

  • Pulau Pinang
    • Seluruh negeri dijangka mengalami hujan lebat berterusan.
  • Kedah
    • Kuala Muda
    • Baling
    • Kulim
    • Bandar Baharu
  • Perak
    • Kerian
    • Larut Matang
    • Selama
    • Kuala Kangsar
    • Manjung
    • Kinta
    • Bagan Datuk

Beberapa kawasan di Kelantan seperti Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, serta negeri Terengganu merangkumi Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman turut dijangka mengalami hujan lebat.

Hujan berterusan kategori waspada

Hujan Lebat

METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di:

  • Perak
    • Kampar
    • Batang Padang
    • Muallim
  • Pahang
    • Cameron Highlands
    • Lipis
    • Jerantut
    • Kuantan

Pssttt! Musim hujan bukan masa untuk ambil mudah. Peka dengan amaran cuaca, elak laluan berisiko banjir dan sentiasa utamakan keselamatan keluarga.

Kredit: Harian Metro

Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top