Hanya 3 daerah di Kelantan masih banjir

Hanya 3 daerah di Kelantan masih banjir

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Hanya tiga daerah di Kelantan yang masih dilanda banjir iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang dengan jumlah mangsa 1,974 orang setakat 5 petang ini.

Kesemua mereka daripada 777 keluarga berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas adalah 1,590 orang daripada 628 keluarga berlindung di lima PPS, Tumpat pula seramai 355 orang daripada 139 keluarga di dua PPS dan Gua Musang 29 mangsa (10 keluarga di satu PPS).

Sementara itu, 10 PPS di Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang ditutup sepenuhnya, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top