Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Selepas 8 Tahun Menanti

Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Selepas 8 Tahun Menanti

Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia akhirnya hamil anak pertama selepas lapan tahun penantian.

Menerusi hantaran ringkas di Instagram miliknya, Indah sempat berkongsi sepotong video pendek dia bersama suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik.

Malah, pelantun lagu Pudar ini turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dinanti-nantikan sejak sekian lama.

“Indeed, Allah is the best planner. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Indah juga sempat berkongsi tanda hashtag #8yearsofmiracle pada muat naik tersebut.

Sekadar info, Indah dan Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017.

Dan, Shariff juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Scroll to Top