Murid 10 tahun maut ditikam rakan sekolah di Rusia

Murid 10 tahun maut ditikam rakan sekolah di Rusia

Moscow: Pihak berkuasa Rusia mengesahkan seorang murid berusia 10 tahun maut pada Selasa akibat ditikam oleh rakan sekolahnya di Daerah Odintsovo, berhampiran Moscow.

Suspek kini berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan polis tempatan menerusi aplikasi Telegram, pihaknya menerima laporan bahawa seorang pelajar bertindak menikam pengawal keselamatan dan menggunakan semburan lada.

Pelajar itu kemudiannya menikam mangsa berusia 10 tahun yang meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Penyerang itu berjaya diberkas dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top