am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Empangan Bukit Kwong, dekat Rantau Panjang melepasi paras bahaya dan dua sungai melepasi paras amaran setakat 8 pagi ini.
Berdasarkan, https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sembilan sungai yang lain di Kelantan melepasi paras waspada.
Sungai Kelantan dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai melepasi paras amaran masing-masing dengan bacaan 23.46 meter (m) dan 34.24m.
Sembilan sungai yang melepasi paras waspada adalah Sungai Galas di Limau Kasturi (58.62m) dan Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang (69.49m).
Sungai Golok di Rantau Panjang (7.79m); Sungai Kelantan di Kusial (13.16m) dan Kusial Baru, Tanah Merah (13.41m); Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (15.31m); Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, Pasir Mas (4.73m); Sungai Sokor, Tanah Merah (19.91m) dan Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai (33.26m).
© New Straits Times Press (M) Bhd




