Kes mayat wanita terapung di Sungai Gombak tiada unsur jenayah

Kes mayat wanita terapung di Sungai Gombak tiada unsur jenayah

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kes penemuan mayat seorang wanita yang terapung di Sungai Gombak berhampiran pusat beli-belah Sunway Putra Mall di sini, Khamis lalu, tidak membabitkan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, jasad wanita tempatan berusia 36 tahun itu juga sudah dituntut keluarganya.

Menurutnya, pihaknya masih belum menerima laporan penuh bedah siasat dan punca kematiannya adalah lemas.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan. Kita juga sudah mengambil empat keterangan membabitkan pengadu, ketua polis balai, pegawai bomba dan ibu mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, mayat yang ditemui terapung di Sungai Gombak berhampiran pusat beli-belah Sunway Putra Mall, di sini, disahkan seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.

Ahmad Sukarno dilaporkan berkata, siasatan mendapati mangsa yang beralamat di sekitar Chow Kit, keluar dari rumah pada pagi Rabu dan tidak pulang sehingga mayatnya ditemukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top