Mahkamah Tolak Permohonan Najib Razak Untuk Tahanan Rumah, Kekal Di Penjara Kajang

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Razak Untuk Tahanan Rumah, Kekal Di Penjara Kajang

Oh! Negara

Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk tahanan rumah.


Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan besar yang sekali lagi menarik perhatian ramai apabila permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah ditolak.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu sekali gus menamatkan harapan bekas Perdana Menteri tersebut untuk keluar dari Penjara Kajang lebih awal.

Najib terus jalani hukuman di penjara Kajang

Najib Razak

Dalam prosiding yang berlangsung hampir sejam, Hakim Alice Loke Yee Ching meneliti hujahan kedua-dua pihak sebelum membacakan alasan penghakiman dan mengumumkan penolakan permohonan tersebut.

Dengan keputusan itu, Najib akan terus menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang sehingga tempoh hukuman tamat sepenuhnya.

Pssttt! Keputusan ini pasti menimbulkan pelbagai reaksi, namun apa juga pandangan masyarakat, proses perundangan perlu dihormati. Isu melibatkan tokoh besar negara seperti ini mengingatkan kita bahawa setiap keputusan mahkamah membawa impak besar kepada masyarakat dan negara.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top