Mayat Dalam Beg Sah Adalah Suri Narudin | Trending – Oh! Media

Mayat Dalam Beg Sah Adalah Suri Narudin | Trending – Oh! Media

Trending

Mayat dalam beg di Rembau disahkan milik Suri Narudin yang dilapor hilang sejak Disember.


Misteri penemuan mayat di dalam beg yang ditanam di belakang sebuah kediaman di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan ia adalah milik Suri Narudin, 53, yang sebelum ini dilaporkan hilang di Balai Polis Ampang pada 15 Disember lalu.

Menurut laporan Kosmo, pengesahan dibuat selepas satu set cap jari dihantar untuk pemeriksaan dan perbandingan di Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Cap jari dan DNA kukuhkan pengesahan identiti Suri Narudin

Suri

Menurut beliau, hasil perbandingan mendapati cap jari tersebut sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) atas nama Suri Binti Narudin.

Selain itu, pihak polis turut mengesahkan bahawa laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic acid) daripada Jabatan Kimia Malaysia telah diterima.

Berdasarkan keputusan analisis DNA yang dijalankan, perbandingan profil DNA mendapati keberangkalian hubungan sangat tinggi.

Spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat, iaitu sumber spesimen hubungan adik-beradik kandung, dengan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi, sekali gus mengukuhkan lagi proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin.

Polis minta orang ramai henti buat spekulasi

Polis

Sehubungan itu, Datuk Alzafny menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes berkenaan.

Dalam masa sama, pihak polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan.

PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Dua suspek ditahan, kes disyaki berkait kehilangan mangsa

Suri

Untuk rekod, suspek pertama, seorang lelaki berusia 41 tahun, pemandu e-hailing dengan enam rekod jenayah lampau, ditahan di Melaka pada Khamis (18 Disember), hari sama mayat ditemui.

Penahanan itu membawa kepada tangkapan suspek utama, lelaki berusia 51 tahun, bekas pemandu e-hailing yang kini menganggur, di Genting Sempah, Pahang pada Jumaat (19 Disember).

Kedua-dua tangkapan dipercayai berkait dengan kes kehilangan Suri, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu di Ampang Jaya, Selangor.

Pssttt! Hentikan spekulasi dan beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Setiap maklumat yang tepat boleh membantu menegakkan keadilan buat mangsa dan keluarga.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top