Selalu Dituduh Jadi ‘Perempuan Simpanan’, Aura Kasih Akhirnya Bersuara | Oh! Artis – Oh! Media

Selalu Dituduh Jadi ‘Perempuan Simpanan’, Aura Kasih Akhirnya Bersuara | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Aura Kasih berang dituduh perempuan simpanan gara-gara hidup mewah. Pelakon ini tampil bersuara dan dedah kebenaran sebenar!


Gaya hidup mewah pelakon dan penyanyi, Aura Kasih sering menjadi perhatian ramai, namun pada masa sama turut mengundang pelbagai tanggapan negatif termasuk tuduhan kononnya dia merupakan perempuan simpanan lelaki kaya.

Menurut laporan mStar, Aura tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan segala harta serta kemewahan yang dimiliki hari ini adalah hasil usaha dan kerja kerasnya sendiri.

“Sinetron saya nanyak” – Aura Kasih

Aura Kasih

Aura mengingatkan orang ramai agar melihat semula perjalanan kerjaya seninya sebelum membuat sebarang andaian tidak berasas.

Tengok di YouTube, sinetron saya banyak. Tawaran kerja juga banyak.

Menurut Aura, kemewahan yang dinikmati hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ganjaran buat diri sendiri selepas penat bekerja dalam industri hiburan.

Imej seksi jadi punca dituduh

Aura Kasih

Dalam masa sama, Aura tidak menolak dirinya sering menjadi sasaran kecaman kerana membawa imej seksi, selain statusnya yang masih belum berkahwin.

Mereka menghakimi kerana saya single, wanita dan berimej seksi. Mereka fikir saya melakukan perkara yang aneh sehingga menjadi sasaran gosip tidak benar.

Katanya lagi, kombinasi faktor tersebut membuatkan dia mudah menjadi bahan bualan dan fitnah, walaupun hakikatnya dia hanya menjalani kehidupan seperti orang lain.

Pssttt! Jangan mudah menghukum seseorang hanya berdasarkan gaya hidup atau penampilan. Setiap kejayaan ada cerita dan usaha di sebaliknya yang tidak semua orang nampak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top