'Moga urusan kesembuhan Helmi Gimmick dipermudahkan' – Jurey Latiff

'Moga urusan kesembuhan Helmi Gimmick dipermudahkan' – Jurey Latiff

georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pengarah Jurey Latiff berkesempatan menziarahi sahabat seni, pelakon Helmi Gimmick, yang sedang diuji dengan kanser buah pinggang tahap empat, semalam.

Jurey meminta doa ramai agar urusan kesembuhan Helmi dipermudahkan serta berharap kesihatan sahabatnya itu akan kembali sedia kala selepas menjalani pembedahan.

“Insya-Allah, dia dijadualkan menjalani pembedahan membuang satu buah pinggang pada Khamis. Marilah kita sama-sama menitipkan doa agar segala urusan sahabat saya Helmi Gimmick dipermudahkan, pembedahan berjalan lancar, diberi kekuatan, ketabahan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

“Ya Allah, Engkau Maha Penyembuh. Angkatlah kesakitan sahabat kami ini dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadanya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin,” katanya.

Pada lawatan itu, kelihatan Helmi masih nampak ceria melayan Jurey dalam keadaan berbaring.

Terdahulu, Helmi, 65, dilaporkan bakal menjalani pembedahan membuang buah pinggang kiri akibat kanser pada Khamis ini.

Helmi atau nama sebenarnya Helmi Harun berkata, pembedahan itu perlu dilakukan segera selepas penyakitnya disahkan berada pada tahap kritikal.

Katanya, kanser buah pinggang itu sebenarnya sudah diketahui sejak September tahun lalu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, namun dia memilih untuk menangguhkan rawatan kerana kekangan jadual seni.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top