Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali terus mendapat penghormatan ramai, termasuk bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.
Menerusi perkongsian di Instagram, Michelle mengenang Allahyarham sebagai seorang wanita luar biasa yang meninggalkan kesan besar kepada masyarakat menerusi keperibadian dan sifat penyayangnya.
“Keanggunan, bijak dan penuh belas kasihan” – Michelle Yeoh

Dalam ucapannya, Michelle menyifatkan Allahyarham Dr Siti Hasmah sebagai figura yang cukup istimewa dan disegani ramai.
“Sesungguhnya Dr Siti Hasmah adalah wanita luar biasa yang memiliki keanggunan, bijak dan belas kasihan yang menyentuh hati rakyat di seluruh negara.- Katanya.
Michelle turut menyentuh mengenai hubungan Allahyarham bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai satu perkongsian hidup yang memberi inspirasi.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah serta mendoakan agar Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga diberikan kekuatan melalui kehilangan tersebut.
Kongsi foto Siti Hasmah bermain biola
Apa yang turut menarik perhatian, Michelle memilih untuk berkongsi foto Allahyarham sedang bermain biola, antara sisi Dr Siti Hasmah yang cukup dikenali selain sumbangannya dalam bidang perubatan dan khidmat masyarakat.
Allahyarham Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September 2026 pada usia 100 tahun. Pemergian beliau bukan sahaja meninggalkan kesan kepada keluarga, malah turut dirasai ramai yang membesar mengenali sosoknya sebagai antara figura wanita penting negara.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




