Kalau sebut sahaja nama Kak Lina Pom Pom, pasti ramai terbayang personalitinya yang ceria, suara merdu dan aura positif yang sentiasa menghiburkan peminat.
Namun di sebalik senyuman manisnya, muncul pula cerita kurang enak didengar apabila penyanyi ini dikatakan berdepan dengan isu musuh dalam selimut yang mana wujud individu yang berada dekat dengannya tetapi dipercayai menyimpan rasa dengki terhadap rezeki dan populariti yang dikecapinya.
Apa yang membuatkan gosip ini semakin hangat adalah beberapa ‘hint’ halus yang dipercayai ditinggalkan Kak Lina di media sosial.
Siapakah agaknya yang dimaksudkan oleh Kak Lina? Ada yang meneka ia mungkin rakan industri, ada juga yang berpendapat ia sekadar salah faham kecil yang diperbesarkan oleh netizen.
Namun setakat ini, tiada nama atau identiti yang didedahkan, menjadikan cerita ini terus berlegar sebagai teka-teki.
Sebagai salah seorang peminat Kak Lina, Cik Bunga berharap agar situasi ini tidak menjejaskan emosi dan kerjaya penyanyi dan pengacar ini.
Cik Bunga faham benar, dalam industri seni hiburan, memang lumrah ada orang yang tidak puas hati. Adegan dengki memang wujud, tapi jangan biarkan ia merencatkan langkah perjalanan kerjaya kita.
Kita semua sedia maklum, perjalanan seni bukan sahaja tentang bakat dan usaha, tetapi juga tentang ketahanan emosi.
Cik Bunga juga percaya, peminat pun mahu lihat Kak Lina terus tabah, positif, dan fokus pada karya, kerana rezeki yang baik biasanya datang kepada mereka yang tidak mudah goyah.
Cik Bunga dan ramai lagi percaya, rezeki Kak Lina akan sentiasa melimpah ruah, bukan sahaja dalam bentuk populariti, tetapi juga sokongan peminat yang setia dan peluang berkarya yang lebih besar pada masa hadapan.Kita doakan yang terbaik, dan semoga segala salah faham dapat dileraikan dengan baik.




