Sultanah Terengganu rakam ucapan takziah kepada keluarga Syakirah Hanan

Sultanah Terengganu rakam ucapan takziah kepada keluarga Syakirah Hanan

Kuala Terengganu: Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Syakirah Hanan Mazli, 25, atas pemergian pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat JPJ, Jalan Kemajuan dekat sini tengah hari semalam.

Ucapan dukacita baginda disampaikan melalui Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam hari ini.

Fadzli berkata Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA turut menzahirkan perasaan sedih yang amat mendalam.

“Tuanku berharap keluarga Allahyarham dapat bersabar jua di dalam ketika sedih ini serta baginda berdoa ke hadrat Allah SWT agar roh Allahyarham dihimpunkan bersama ahli Jannah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 1.55 tengah hari semalam, Syakirah Hanan yang memandu Perodua Viva dari arah UniSZA menghala ke Bukit Kecil di sini, ingin membelok ke kanan setelah lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh sebuah Honda Jazz yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top