Bengkel terbakar, 51 kereta rosak

Bengkel terbakar, 51 kereta rosak

mhafis@mediaprima.com.my

Sungai Buloh: Sebanyak 51 kereta rosak selepas bengkel kereta di Jalan Industri 9, di sini, terbabit dalam kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.17 petang dan tiba di lokasi 5.33 petang.

Menurutnya, seramai 27 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dibantu BBP Bukit Jelutong, BBP Damansara, BBP Petaling Jaya dan BBP Rawang dikerahkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah bengkel kereta di mana 51 kereta terbabit dalam kebakaran itu.

“Api berjaya dikawal jam 6.28 petang tadi dan kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top