Dah lama pelakon Rita Rudaini tak buka mulut tentang isu nafkah anak, tapi kali ni dia kembali bersuara dengan nada tegas yang buat ramai buka mata. Perkara ni dikongsinya di Threads, Rita seakan beri amaran bahawa dia dah bersedia untuk ‘muncul’ dengan segala bukti yang dia simpan selama ni.
Rita tak berselindung, malah dia nyatakan secara terbuka yang dia takkan maafkan individu yang menyokong dan membiarkan dia serta anak-anaknya diperlakukan sebegitu.
Rita Rudaini akui dah lama kumpul bukti

Menerusi posting di Threads, Rita mengaku dia bukan baru nak mula simpan bukti, tapi semuanya dah ada dan cuma tunggu waktu yang sesuai untuk bertindak.
Sis pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul. Sekarang bagi mereka seronok dulu.
Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat.- Katanya.
Perkongsian Rita itu dipercayai sebagai respons kepada satu ciapan mengenai wanita yang simpan semua resit perbelanjaan anak sebab bekas suami culas beri nafkah.
Netizen beri sokongan penuh

Ramai netizen tampil beri sokongan moral kepada Rita dan puji tindakan dia yang bijak kerana simpan semua bukti nafkah anak.
Kebanyakan komen menyifatkan Rita sebagai contoh wanita yang kuat dan berani, malah ramai juga yang anggap dia sebagai inspirasi untuk ibu tunggal lain di luar sana.

Untuk korang yang tak tahu, ini bukan kali pertama Rita bersuara pasal isu nafkah. Sebelum ni pun dia pernah cabar bekas suaminya, Aidil Zafuan, untuk kemukakan bukti pembayaran nafkah selepas muncul pihak yang cuba pertahankan pemain bola sepak itu.
Mengikut keputusan mahkamah, Aidil diperintahkan bayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015 dan mutaah sebanyak RM30,000 pada Oktober tahun yang sama.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang bergelar bapa ambil serius tanggungjawab terhadap anak. Jangan sampai satu hari nanti bukti-bukti ni balik makan diri. Nafkah tu bukan pilihan, tapi kewajipan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



