Produksi Seni 2020 anjur cipta tajuk filem

Produksi Seni 2020 anjur cipta tajuk filem

Kuala Lumpur : Produksi Seni 2020 mempelawa orang ramai khususnya peminat industri hiburan tanah air menyertai Pertandingan Penciptaan Tajuk Filem.

Penerbitnya Datin Wendy Wong berkata penganjuran pertandingan ini adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi ruang kepada masyarakat mempamerkan idea kreatif masing-masing.

Katanya, dengan mengikuti langkah mudah orang ramai berpeluang menikmati hadiah menarik yang disediakan.

“Mereka hanya perlu memberikan satu tajuk dalam bahasa Melayu atau Inggeris atau dua tajuk dalam kedua-dua bahasa.

“Kemudian kongsikan tajuk filem terbabit di media sosial dengan tanda palang atau hastag serta dapatkan sebanyak mungkin ‘likes’ (tanda suka) sebelum 15 Januari ini,” katanya.

Menurutnya, pemenang akan ditentukan menerusi jumlah ‘likes’ dan panel juri profesional akan menilai kreativiti peserta.

Penyertaan adalah terbuka kepada warga negara Malaysia berusia 13 tahun ke atas. Maklumat lanjut layari laman sesawang Produksi Seni 2020.

Pemenang berpeluang memenangi hadiah lumayan antaranya percutian di Summer Bay Resort, Lang Tengah, Terengganu dan penginapan eksklusif di Paya Bunga Hotel, Terengganu.

Selain itu pelbagai hadiah istimewa turut ditawarkan antaranya Hypergear, Wonderbrew dan cenderahati Last Dive.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top