Oh! Artis
Fasha Sandha kurang senang dengan cara Tareqfit tegur artis secara terbuka, minta lebih berhemah dan guna DM jika mahu menasihati.
Pelakon popular, Fasha Sandha, meluahkan rasa kurang senang dengan cara jurulatih kecergasan dan personaliti media sosial Tareqfit, yang menegur artis secara terbuka di media sosial.
BACA: “Baring Atas Katil Macam Sotong, Lapar Perhatian” – TareqFit ‘Sound’ Video TikTok Que Haidar
Fasha menyifatkan teguran sedemikian hanya membuka aib, malah boleh menjejaskan maruah keluarga artis yang terlibat.
“Anak cucu mereka macam mana?”

Fasha turut memetik teguran Tareqfit kepada Que Haidar sebelum ini. Menurut Fasha, video Que Haidar yang pernah dikatakan ‘macam sotong’ itu sebenarnya telah membantu pelakon tersebut bangkit semula dalam industri selepas lama menyepi.
Tegasnya, Que Haidar hanya mencari rezeki untuk keluarga, dan tindakan menegur secara terbuka sebegini dianggap tidak wajar.
Fasha turut menyentuh tentang kesan kepada keluarga selebriti, terutamanya anak-anak dan cucu yang mungkin akan dipersoalkan oleh rakan sekolah mereka akibat teguran umum yang tular.
“Ustaz boleh DM kalau nak tegur…”
Fasha turut mempersoalkan kenapa golongan selebriti sering menjadi sasaran teguran terbuka sedangkan cara yang lebih baik adalah melalui mesej peribadi.
Katanya, ustaz seharusnya menegur dengan cara yang lebih berhemah.
Beliau juga menyeru agar semua pihak lebih menjaga aib orang lain kerana selebriti juga manusia biasa yang mempunyai keluarga dan maruah yang perlu dipelihara.
Pssttt! Tak salah untuk menegur, tapi biarlah kena pada cara. Fasha Sandha punya point – kenapa perlu ‘malukan’ orang lain untuk beri nasihat, sedangkan boleh sahaja dilakukan secara peribadi? Zaman sekarang, satu teguran terbuka boleh jejaskan banyak perkara – dari emosi, rezeki hingga nama baik keluarga. Mungkin dah sampai masa kita fikir dulu sebelum tekan butang ‘post’.
Kredit: –
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




